still alive and kickin'
still malas and to busy to update
still the wireless connection to blame
up up and away!
p/s: tggu jak balik rumah nty.bru line clear ckit.wahaha
Saturday, November 7, 2009
Sunday, September 6, 2009
Eksperimen 100 peratus
Saya telah menemui cara untuk menyelesaikan masalah saya.
Alhamdulillah puasa ini membawa seribu berkat untuk ke arah yang lebih baik.
penyelesaian:
berubah ke arah yang lebih baik setiap hari. setiap hari sekurang-kurangnya satu perubahan.
eksperimentasi saya sekarang ini ialah perubahan menuju 100 kebaikan.
sekarang ini baru ada 6.
Semuanya ada di sini.
kaedah cuba jaya.
yang akan datang insyaAllah.
yang telah berjaya alhamdulillah.
Alhamdulillah puasa ini membawa seribu berkat untuk ke arah yang lebih baik.
penyelesaian:
berubah ke arah yang lebih baik setiap hari. setiap hari sekurang-kurangnya satu perubahan.
eksperimentasi saya sekarang ini ialah perubahan menuju 100 kebaikan.
sekarang ini baru ada 6.
Semuanya ada di sini.
.
.
kaedah cuba jaya.
yang akan datang insyaAllah.
yang telah berjaya alhamdulillah.
Wednesday, August 5, 2009
Truthfully
Saya ada 1000 kata-kata.
Saya ada 100 idea.
Saya ada 1 ideologi.
Saya ingin nak berkongsi dengan seluruh alam.
Saya ingin nak berjuang untuk kemaslahatan
agama, bangsa dan negara.
akan tetapi malangnya.
Saya sangat sangat.
Saya sangat tidak suka menulis.
plus internet sangat lidut(lembab).
*insyaAllah akan berubah menjelang wawasan 2020.
Saya ada 100 idea.
Saya ada 1 ideologi.
Saya ingin nak berkongsi dengan seluruh alam.
Saya ingin nak berjuang untuk kemaslahatan
agama, bangsa dan negara.
akan tetapi malangnya.
Saya sangat sangat.
Saya sangat tidak suka menulis.
plus internet sangat lidut(lembab).
*insyaAllah akan berubah menjelang wawasan 2020.
Friday, July 10, 2009
Resolusi: Rasional atau tidak PPSMI dimansuhkan?
"8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012."PPSMI: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Pada 19 Julai 2002, Tun Dr. Mahathir telah meluluskan dasar PPSMI bagi peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Majoriti menyokong pelaksanaan dasar itu dalam meningkatkan mutu generasi Malaysia (terutama sekali bala-bala kerajaan). Tidak ada suara-suara sumbang yang didengari pada waktu tersebut. Di arus media utama mahupun di media pembangkang.
Resolusi: Majoriti bersetuju.
Dasar PPSMI diperkenalkan dalam rangka agar generasi Malaysia dapat menguasai sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar. Secara tidak langsung dasar ini turut dapat meningkatkan pengunaan bahasa Inggeris secara teknikal.
Untuk memajukan bangsa dan negara, generasi kita memerlukan pelajaran. Pelajaran adalah menguasai pelbagai cabang bidang ilmu, dan dalam konteks ini bangsa dan negara kita memerlukan sains dan matematik.
Saya secara peribadi bersetuju dengan dasar PPSMI. Saya merasakan tidak rasional dasar PPSMI ini dimansuhkan. Kita harus memikirkan PPSMI ini dalam konteks jangka panjang. Dan bukan atas kajian jangka pendek. 2002 hingga 2009, 7 tahun bukanlah satu tempoh yang panjang untuk kita menyimpulkan yang dasar ini gagal.
Baru setahun jagung dan kita ingin membandingkan negara kita dengan Jepun, Perancis dan Jerman dari segi pengunaan bahasa? Kononnya mereka boleh berjaya dengan bahasa mereka dan mengapa tidak kita? Tidakkah kita sedar yang perkembangan teknologi dan ilmu mereka lebih pesat dan dahulu berbanding Malaysia. Bukan sahaja sebelum kewujudan Malaysia, malah sebelum kewujudan tanah melayu lagi ketamadunan dan revolusi mereka telah jauh lebih pesat meninggalkan kita.
Apalah salahnya kita menundukkan sedikit ego kita dan belajar mendalami ilmu dalam bahasa bangsa lain?
Isu ini tidak pernah dipertikaikan dengan sehingga ke tahap ini sebelum ini. Dan mengapa ia menjadi isu terhangat sirna ini? Inilah yang berlaku apabila sistem pembelajaran turut dipolitikkan.
Kita harus kesal dan malu dengan tindakan sesetengah pihak yang mempergunakan isu pendidikan sebagai agenda politik mereka. Dan kita juga harus kesal dan malu dengan tindakan sesetengah pihak yang merasakan mereka pakar yang dapat melihat masa depan berdemonstrasi membodohkan diri hanya berdasarkan stasistik yang masih rapuh.
Rentetan dari peristiwa masa lampau dan kisah PPSMI ini menunjukkan betapa tamak dan tidak bersyukurnya bangsa kita terhadap segala usaha yang telah dilakukan untuk memajukan bangsa kita. Sikap tidak sabar, cepat melatah dan ego bangsa melayu menyebabkan negara kita sukar untuk mengecapi kemajuan hakiki.
Tindakan kerajaan cukup mengecewakan. Tindakan pembangkang juga mengecewakan. Mengejar kekuasaan lebih penting dari memajukan minda generasi kita.
Jelasnya,tindakan memansuhkan PPSMI ini adalah satu lagi agenda politik pihak tertentu untuk meraih undi. Ia bukan penyelesaian bagi satu masalah.
Kita sayangkan bahasa kita. Saya juga sayangkan bahasa Melayu. Tapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya. Sekian.
Resolusi: Fikir-fikirkanlah.
"Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayangkan bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebih sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa ingin melihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya boleh bertutur dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang."
-Tun Dr M
Thursday, July 9, 2009
thoughts
I believe in freedom of thoughts and speech.
I do what i have to do. I say what i need to say.
we do what we need to do in order to do what we want to do.
I do what i have to do. I say what i need to say.
we do what we need to do in order to do what we want to do.
Sunday, July 5, 2009
Thank You
'kamek yakin tuhan ada plan besar k kamek'
God have his own big plan for each of us.
that's true.
kita tidak tahu apa yang bakal mendatang.
tapi yang pasti..
Tuhan tidak akan menghampakan kita di setiap keputusannya.
Thursday, June 25, 2009
Buka minda jiwa
Buka minda anda.
Bebaskan diri dari jajahan.
percayalah.
bahawa hidup ini indah.
bila kita katakannya indah.
percayalah.
bahawa hidop ini bermakna.
bila anda katakannya bermakna.
dan percayalah.
dunia ini penuh kebahagiaan.
bila kita buka mata hati kita.
dan saya percaya.
kita d ciptakan utk kebahagiaan.
dan kbahagiaan d cipta utk kita.
Jadi apa yang maseh kita cari?
Subscribe to:
Posts (Atom)
